PETAH 2019 Peringkat Kebangsaan

1.0       PENGENALAN

PETAH ialah program Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) khusus memberikan latihan seni pengucapan awam dalam aktiviti bercerita, dan pengacaraan majlis kepada murid sekolah rendah.  Matlamat program ini ialah meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan kemenjadian murid sekolah rendah.

Penganjuran PETAH kali ke-2 Peringkat Kebangsaan ini memperkenalkan konsep baharu dalam komponen pengucapan awam.  Konsep tersebut mengikut trend dan gaya masa kini bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi, integrasi teknologi dan atribut diri.  Melalui PETAH, murid diberikan bimbingan melalui bengkel yang dikendalikan oleh siswa guru dan pensyarah dalam Studio PETAH. Pada hari berikutnya, murid akan bertanding untuk merebut gelaran BINTANG PETAH.

2.0       KOMPONEN

Komponen  PETAH 2019 merangkumi:

i.          Bicara Tuntas Interaktif (seorang murid)

Penghujahan idea atau buah fikiran yang menyeluruh dan sempurna berdasarkan topik/bahan yang dibicarakan.

ii.         Bual Cerita (tiga orang murid)

Penyampaian idea percakapan atau buah fikiran yang menyeluruh dan sempurna tentang sesuatu cereka.  Cereka yang dipilih dan disampaikan mengandungi perkembangan plot yang lengkap, gaya bercerita, dan mengaplikasikan teknik yang menarik. Penyampaian cerita tersebut turut disokong oleh props dan efek bunyi yang dilaksanakan secara langsung.

3.0       PROSEDUR

Murid diberikan isu sebagai bahan persembahan atau bicara.  Murid boleh bersedia dari segi hujahan dan plot cerita termasuk bahan bantu persembahan sebelum menghadiri Program PETAH 2019.

Bagi Bicara Tuntas Interaktif, isu yang dicadangkan berkaitan kasih sayang, kemanusiaan, budaya warisan, kesukanan dan kepelbagaian etnik.

Bagi Bual Cerita, isu yang dipilih ialah Kelestarian Alam Sekitar.

4.0       SASARAN

Kumpulan sasaran ialah murid sekolah rendah di seluruh negara.   Pelaksanaannya selama dua hari dan dijalankan di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

5.0       BAYARAN

Bayaran penyertaan adalah seperti yang berikut :

  • Penyertaan  secara pakej : Bicara Tuntas Interaktif dan Bual Cerita
    • RM 200 ( 4 orang murid dan seorang guru pengiring )
  • Penyertaan secara individu  (dicadangkan menyertai Bicara Tuntas Interaktif)
    • RM 50

Kos yuran ini meliputi makan 2 kali sehari, sijil dan bahan kursus. Segala pembayaran yuran dibayar secara TUNAI pada hari pendaftaran.

6.0       HADIAH

Pemenang setiap kategori akan membawa hadiah yang berikut:

 

7.0       JADUAL PROGRAM PETAH 2019 (klik)

8.0       PENYERTAAN

Sila faks, e-mel atau WhatsApp Borang Penyertaan PETAH 2019, (Lampiran 2) kepada Dr. Noor Hayati Che Mat menerusi talian telefon 019 3584880 atau e-mel kepada noorhayati@ipgkik.edu.my sebelum atau pada 2 April 2019 ( Selasa ).

9.0       KETERANGAN LANJUT

Maklumat berkaitan PETAH 2019 Peringkat Kebangsaan boleh merujuk :
Laman web rasmi : http://petahilmukhas.ipgkik.edu.my/
Facebook rasmi    : https://www.facebook.com/ipgkik.edu.my/