e-PETAH

Pertandingan seni pengucapan awam alaf baharu (PETAH) 2019 peringkat kebangsaan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Cheras, pada tahun ini turut diisi dengan e-Petah sejajar teknologi digital. e-Petah menggunakan platform aplikasi Instagram sebagai medan menampilkan dan mengasah bakat kanak-kanak berucap.  e-Petah menjadi daya penarik kanak-kanak untuk mengembangkan potensi mereka dalam pengucapan awam mengikut trend semasa.  Teknologi gajet menjadi medium yang dekat dengan remaja dan kanak-kanak dan mereka sering membuat ulasan selari dan berkomunikasi menggunakan telefon pintar termasuk membabitkan pendidikan.  Sehubungan itu, PETAH mengambil pendekatan untuk menyampaikan mesej pendidikan kepada umum menggunakan Instagram yang sememangnya  wajib ada pada setiap remaja.