BUAL CERITA

Bual cerita bermaksud idea percakapan atau buah fikiran yang menyeluruh dan sempurna tentang sesuatu cerita.  Cerita pula bermaksud kisah atau peristiwa yang rekaan atau yang benar-benar berlaku.  Cerita yang dipilih mengandungi perkembangan plot yang lengkap dan disampaikan dengan teknik yang menarik.

Dalam konteks ini, Bual Cerita bermaksud teknik dan penyampaian bercerita interaktif dengan props dan efek bunyi yang dilaksanakan secara langsung. Persembahan dirakam namun audien melihat situasi sebenar di sebalik tabir rakaman.

Prosedur Bual Cerita

  1.  Aktiviti dilaksanakan secara berkumpulan ( 3 orang ).  Seorang pencerita dan dua yang lain  sebagai pembantu yang bertindak sebagai pemuzik efek bunyi dan juga pengemudi props.
  2. Di set bual cerita, pencerita akan berdiri dan bercerita secara solo dalam bingkai cerita.  Dua lagi murid akan menyokong dengan props atau muzik efek di bahagian bawahnya. Aktiviti bercerita akan dirakam oleh jurukamera secara mid shot.  Di skrin layar yang lain akan terpapar bingkai cerita yang sempurna.
  3. Keseluruhan cerita yang disampaikan ialah 7 – 10 minit.
  4. Kriteria pemarkahan ialah plot cerita, teknik persembahan, bahasa dan pertuturan, mesej dan pengajaran serta sokongan penceritaan.