Bicara Interaktif

Bicara bermaksud idea percakapan atau buah fikiran yang menyeluruh dan sempurna. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan. Interaktif pula bermaksud pengaliran maklumat  dua hala secara berterusan antara penyampai dengan penguna lain melalui aplikasi teknologi seperti komputer, video dan sebagainya.

Dalam konteks ini, Bicara Interaktif bermaksud penyampaian dan pengendalian acara masa kini yang dibuat secara bertenaga dan santai. Murid bebas mencipta identiti personaliti pengacara dan acara yang dikendalikan.

Prosedur Bicara Interaktif

  1. Aktiviti dilaksanakan secara berkumpulan ( 2 orang ).  Seorang pencerita / penyampai / wartawan yang bertindak sebagai penulis skrip dan penyedia bahan kandungan manakala seorang lagi bertindak sebagai jurukamera dan penyunting bahan kandungan.
  2. Penyampai menyampaikan bahan laporan secara interaktif mengikut konsep bahan yang disediakan.
  3. Keseluruhan cerita yang disampaikan ialah 10 minit.
  4. Kriteria pemarkahan ialah bahasa dan pertuturan, teknik persembahan, bahasa tubuh, personaliti serta bahan sokongan.