Uniknya PETAH, setiap kategori yang diperkenalkan memberikan wajah baharu dalam aspek penyampaian dan format. Bersesuaian dengan aspirasi murid serta keperluan semasa, transformasi ini penting supaya keberhasilannya kelak murid mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Modul Studio PETAH telah dibangunkan oleh sekumpulan pensyarah yang kreatif dan sentiasa peka dengan transformasi dunia seni penyampaian terkini. Modul ini diterjemahkan melalui Studio PETAH selama sehari sebelum peserta mengaplikasikan seni pengucapan awam dan penyampaian melalui pertandingan bagi merebut gelaran Bintang PETAH 2018 pada hari berikutnya.