PENGENALAN
PETAH merupakan program baharu Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) yang diterajui oleh Jabatan Pengajian Melayu khususnya memberikan latihan pelbagai bentuk pengucapan awam. Setelah IPGKIK dijadikan hab perdebatan dan pengucapan awam oleh Pertubuhan Alumni Debat Institut Pendidikan Guru Malaysia (ADIM) maka kini, PETAH diperkenalkan sebagai produk baharu IPGKIK yang menjadi medan latihan seni pengucapan awam termasuklah pengacaraan majlis, bercerita, dan pengucapan awam.
TUJUAN
Pembentukan konsep baharu dalam komponen pengucapan awam bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi,intregrasi teknologi, dan atribut diri.
Meningkatkan kemahiran berbahasa dengan baik dalam kalangan murid sekolah dan siswa guru yang berperanan sebagai fasilitator.
Memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan.
Merealisasikan kemenjadian murid melalui program kebahasaan agar berketrampilan, berkemahiran tinggi, kreatif, dan berfikiran kritis bagi memenuhi tuntutan revolusi Industri 4.0