Bicara Tuntas

Seni Pembentangan

Bicara bermaksud idea percakapan atau buah fikiran yang menyeluruh dan sempurna, ringkasan dari apa yang telah dibicarakan, inti atau isi dari keseluruhan­nya (karangan, syarahan, dan lain-lain).  Tuntas pula bermaksud menyeluruh dan lengkap.

Dalam konteks ini,  Bicara Tuntas ialah penyampaian sesuatu idea kepada penonton yang bersifat sehala tetapi santai dan bersahaja. Murid mengupas topik  mengikut pilihan mereka melalui sistem komputer.

Prosedur Bicara Tuntas

1.         Murid diminta memilih topik yang menjadi bahan bicara melalui pilihan secara berkomputer.

2.         Murid akan berbicara tentang topik yang dipilih dalam tempoh 5 minit.

3.         Isi bicara bergantung kepada topik yang dipilih.

4.         Kriteria pemarkahan ialah pengenalan, isi, bahasa, persembahan, dan penutup.

Related posts